(Jutaan ampun dan maaf dipinta atas penggunaan Bahasa Malaysia yang boleh membuatkan nenek anda melatah seribu kali dalam tidur. Walaupun saya telah mendapat A1 dalam Bahasa Malaysia peringkat SPM (tepuklah sedikit), namun akibat tidak menggunakan bahasa kesayangan kita dengan tepat, yakni baku, maka rencana ini akan kelihatan seperti pelajar darjah tiga yang menulisnya. Segala yang salah silap, adalah berpunca dari kelekaan saya. Yang baik, adalah kerana Tuhan).
Pos (bukan Pos Laju atau Pos Malaysia tapi 'blog post') ini sememangnya sengaja ditaip dalam Bahasa Malaysia kerana rencana ini berkisar tentang kita, rakyat Malaysia. Walaupun penggunaan Bahasa Malaysia saya agak digeruni ramai, namun isi tersirat dan tersurat (saya telah mempelajari istilah-istilah ini semasa menjawab soalan Rumusan dalam SPM BM) dalam rencana ini hanya dapat dihayati dan diselami sedalam-dalamnya dalam bahasa kebangsaan kita. Biarlah isu ini dibaca oleh rakyat Malaysia dan bukan orang lain. Mungkin pos ini akan menyinggung perasaan sesetengah pihak dan mungkin juga tidak. Namun yang pentingnya, mesej yang ingin saya sampaikan pada hari ini bertumpu bukan kepada anda seorang sahaja, tetapi kepada seluruh warga Malaysia (dan mungkin kepada segelintir pihak yang dapat memahami Bahasa Malaysia contohnya seperti Colochomel* saya).
Tetapi alamak, saya terpesong dari tajuk utama.
Berbalik kepada isu yang ingin saya utarakan pada hari ini : Mengapakah agenda dan perjuangan sebenar BERSIH perlu dilitupi kulat perkauman dan agama? Saya pasti anda tidak meminati kulat. Ya, saya juga tidak begitu menggemari kulat. Kecuali cendawan yang juga merupakan sejenis kulat.
Walaubagaimanapun, lupakan persoalan itu sebentar. Rasanya, soalan yang paling signifikan untuk saya adalah; adakah benar sesetengah rakan-rakan saya - rakyat Malaysia kita yang berakal dan berpendidikan tinggi - begitu cetek pemikiranya untuk memahami bahawa tuntutan Bersih tidak boleh disamakan dengan IFC?
Ingin saya perjelaskan bahawa saya sama sekali tidak menuding jari atau memanggil sesiapa ‘dangkal’ namun saya agak keliru. Bagaimanakah mungkin sahabat-sahabat saya yang jauh lebih pandai, yang pernah pada suatu masa dahulu mengkagumkan pensyarah-pensyarah serta warga akademik dengan kebijaksanaan mereka; bagaimanakah mungkin para cendekiawan ini mampu dikaburi mata oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan isu seremeh perkauman dan agama? Saya masih terpegun kerana mereka ini merupakan golongan yang saya agungkan kerana tahap keintelektuan mereka. Mereka ini merupakan pemegang ijazah, dan bukan calang-calang ijazah tetapi ijazah dari universiti terkemuka luar negara. Malahan, ada yang sedang atau telah meraih ijazah kedua mereka. Justeru, pasti sekali cara pemikiran mereka akan menjurus kepada pemikiran yang objektif dan tanpa sebarang prejudis.
Namun hakikatnya adalah, golongan ini telah menggunakan isu agama dan perkauman untuk mempersoal tuntutan Bersih 2.0. Yang lebih dahsyat lagi, ada yang terus membatalkan persahabatan ("delete friend request" - betulkah istilah ini? oh Tuhan) mereka dengan kawan-kawan yang tidak bersehaluan pendapat.
Mengelirukan? Ya.
Menyedihkan? Tentu sekali.
Saya tidak ingin membuang masa anda dengan mengimbas kembali tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 kerana saya yakin anda pasti telah berbuat demikian (terima kasih Google). Saya juga tidak ingin mempersoal tuntutan-tuntutan IFC kerana saya akui, ini merupakan isu yang agak sensitif. Cukuplah jika saya tegaskan di sini bahawa Bersih dan IFC berjuang untuk dua perkara yang berbeza walaupun pemimpin kedua-dua jentera ini merupakan orang yang sama.
Jika kalian beranggapan bahawa Bersih 2.0 hanyalah satu perangkap politik kepada mereka yang berpandangan myiopik, anda sememangnya betul. Masakan Bersih 2.0 tidak menjadi bahan politik? Jika hari ini pihak kerajaan berada di tempat pihak pembangkang, tidakkah isu ini akan dipolitikkan seperti yang kita lihat pada hari ini? Namun begitu, tanyalah diri sendiri, bukankah 8 tuntutan itu adalah adil dan saksama? Untuk kepentingan rakyat sejagat? Dan jika anda masih dengan pendirian anda bahawa demonstrasi bukanlah jawapanya; saya ingin bertanya, bila lagi rakyat dapat menyuarakan pendirian mereka dengan terang-terangan? Memorandum, warkah dan sebagainya telah penat diberi namun isu yang dijuang masih tidak ke mana.
Cukup sekadar di sini sahaja saya membebel seperti seorang nenek bosan yang ketiadaan suami.**
Saya ingin menyeru, kepada sehabat-sehabat sekalian yang telah saya kenali sejak bertahun-tahun (bertahun-tahun di sini tidak merujuk kepada berdekad-dekad tetapi untuk masa yang agak lama), janganlah jadikan isu agama dan perkauman sebagai alat untuk memecah-belahkan perpaduan serta persahabatan kita. Benar, anda mempunyai hak untuk memilih sebarang parti atau menyokong sebarang isu. Usahlah bimbang, kerana rencana ini bukan ditulis untuk memancing sokongan anda terhadap Bersih ataupun merubah pendirian anda yang kental. Saya hormati pendirian anda dan saya juga beranggapan bahawa anda akan menghormati pendirian saya. Rencana ini ditulis kerana saya meletakkan persahabatan kita pada suatu aras yang tinggi dan kerana saya percaya, di sebalik luatan dan tohmahan yang anda hamburi, terdapat hati (ke jantung?) yang menyayangi Negara kita dan persahabatan kita.
Berikut merupakan petikan daripada laman Facebook saya yang turut membincangkan isu ini serta komentar-komentar dari rakan-rakan saya yang amat memahami persaan dukacita*** saya.
Janganlah kerana percanggahan pendapat, persahabatan yang kian lama terjalin dijadikan bahan korban.
![]() |
| This amazing sight was witnessed by Durai and his brave comrades during the Bersih 2.0 rally |
* Colochomel merujuk kepada rakan mat salleh saya yang hanya mengetahui beberapa ayat dan perkataan dalam Bahasa Malaysia : lelaki, perempuan, saya cintakan kamu, kamu cantik malam ini dan yang terhebat 'konek kamu lagi kecil dari cili padi' (hasil pengajaran rakan-rakan beliau dari Singapura. Saya tidak terlibat).
** Alah, takkanlah tak faham pulak? Ish..
*** Saya hanya berdukacita untuk sejam setengah kerana setelah itu anjing saya telah mengubati hati saya yang remuk.





8 wisecracks:
hehe ini adalah satu pos yang sangat kelakar lah...saya x henti-henti ketawa..mmuahaha
saya sangat kagum dengan hasil penulisan cik!! begitu hebat dan tepat.
the funniest shit I have ever read!! you rock girl!
Anda sangat lawak lah.. Saya amat menyukai post anda ini. Sangat 1 Malaysia!! Teruskan usaha murni itu!
Bahaha you are such a riot. This 'pos' cracked me up. "ya saya juga tidak memggemari kulat" haha. You had me at that line.
Konek kamu lagi kecil dari cili Padi??!! Lol lol saya suka!
Ketawakan bontot saya sampai terkeluar LMAO?
hahahhaa brilliant yet again!!! you made my eyes tear from the moment you said nenek saya melatah dalam tidur..WTF.. ;)
Thumbs up for a great post yet again. Can't wait for your next "pos"
Post a Comment